Posts

Rumput Emas (Cuscuta@Dodder)

Image
Mesti korang selalu nampak rumput ni kat tepi-tepi jalan, menjalar kat atas lalang liar kan? Aku pun tak tahu orang kita panggil rumput ni apa, lama aku search Google last-last jumpa nama rumput emas. Aku search guna Google Lens dan keluar la nama Cuscuta atau Dodder. Rumput emas atau nama English nya Cuscuta @ Dodder adalah sejenis lalang parasitik menjalar dari keluarga Cuscutaceae. Ia mempunyai lebih dari 201 spesis terdiri dari pelbagai warna seperti kuning, merah, dan jingga. Genus ini boleh dijumpai di hampir keseluruhan kawasan beriklim tropika dan sub-tropika di seluruh dunia. Kebanyakkan orang memandang rumput ini sebagai lalang parasitik perosak kerana rumput ini hidup menumpang, menjalar di atas tumbuhan lain sebagai hos nya. Rumput ini menyerap nutrien dari tumbuhan hos nya kerana rumput ini tidak berupaya menjalankan proses fotosistesis nya sendiri kerana ia tidak berdaun. Korang tahu tak yang rumput emas ni sebenarnya boleh dimakan? Haaa.. Tak ramai orang kita yang tahu r...