Rumput Emas (Cuscuta@Dodder)
Mesti korang selalu nampak rumput ni kat tepi-tepi jalan, menjalar kat atas lalang liar kan? Aku pun tak tahu orang kita panggil rumput ni apa, lama aku search Google last-last jumpa nama rumput emas. Aku search guna Google Lens dan keluar la nama Cuscuta atau Dodder.
Rumput emas atau nama English nya Cuscuta @ Dodder adalah sejenis lalang parasitik menjalar dari keluarga Cuscutaceae. Ia mempunyai lebih dari 201 spesis terdiri dari pelbagai warna seperti kuning, merah, dan jingga. Genus ini boleh dijumpai di hampir keseluruhan kawasan beriklim tropika dan sub-tropika di seluruh dunia.
Kebanyakkan orang memandang rumput ini sebagai lalang parasitik perosak kerana rumput ini hidup menumpang, menjalar di atas tumbuhan lain sebagai hos nya. Rumput ini menyerap nutrien dari tumbuhan hos nya kerana rumput ini tidak berupaya menjalankan proses fotosistesis nya sendiri kerana ia tidak berdaun.
Korang tahu tak yang rumput emas ni sebenarnya boleh dimakan? Haaa.. Tak ramai orang kita yang tahu rumput emas ni sedap dimakan. Rumput emas ni banyak khasiatnya tau. Cuba korang tanyak Prof. Google, cari maklumat tentang khasiat Cuscuta.
Rumput emas mempunyai sejenis bahan kimia yang boleh bertindak sebagai antioksidan yang boleh melambatkan pertumbuhan sel kanser. Di China, rumput emas telah digunakan sejak zaman dahulu lagi sebagai herba sebagai rawatan bagi masalah jangkitan pundi kencing, menguatkan limpa, mengubati sirosis. Kajian santifik barat juga membuktikan ia boleh merawat kemurungan dan boleh melegakan kesakitan.
Ayah aku dulu masa aku kecik-kecik selalu singgah tepi jalan kutip rumput emas ni setiap kali balik dari kampung. Sampai rumah je mak aku terus bersihkan, asing batang dan daun rumput lalang hijau hos yang melekat sekali kat rumput emas tu. Cuci bersih-bersih pastu tos kan. Cara nak masak pulak, ikut citarasa individu masing-masing. Aku suka rumput ni kalau dimasak tumis dengan belacan. Alaaa.. macam korang selalu masak bunga durian tu haaa.. Sedap sangat, sepinggan nasi gerenti tak cukup.
Bagi yang belum pernah cuba makan rumput ni lain kali kalau nampak rumput emas ni kat tepi jalan boleh la korang bawa balik masak sedap-sedap.. hahahaha!
Comments
Post a Comment